MAS B17

MAS B17

Wednesday, March 5, 2014

Aprikot oh Aprikot

hello semua,,,hari ni sya nak citer pasal sejarah and pe kata kita berkenalan sikit dengan buah aprikot ni. Manalah tahu boleh membantu anda semua tergerak hati nak beli MAS B17 nanti..hehe..Lets start...

Buah aprikot dipercayai berasal dari China dimana buah ini ditanam lebih 4000 tahun yang lampau. Buah ini juga banyak ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggal di kawasan pergunungan Himalaya amat menghargai buah aprikot kerana kebaikan yang diperolehi oleh mereka daripada buah ini semenjak 1500 tahun dahulu.

Buah aprikot juga dijadikan makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara di Rom pula masyarakatnya mendedikasikan buah aprikot kepada Venus, dewi cinta mereka. Di Eropah pula buah aprikot mula diperkenalkan pada zaman Alexander The Great.

Pokok aprikot merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meter, daunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah pic atau nektarin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan. Permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras.(sumber dari wikipedia)



buah aprikot

Buah aprikot tergolong dalam kelas subasid. Asid ni boleh didapati ketika buah belum masak sepenuhnya. Asid akan berkurangan tetapi kandungan gula akan semakin tinggi semasa buah dalam proses masak. Buah, biji,minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan sejak berkurun lamanya.

Biji aprikot tergolong dalam kumpulan kekacang dan bijrin(nut dan seed). Tidak ada bezanya dengan biji lain kecuali khasiat Aprikot Organiknya. Biji aprikot mengandungi Amigdalin yang turut dikenali sebagai Vitamin B17.



No comments:

Post a Comment